Pendalilan dalam ilmu pengubatan Islam

Sejauh mana amalan pengubatan mesti berdasarkan dalil? Pengubatan Islam berbeza dengan pengubatan orang Islam. Pengubatan Islam berteraskan Tibb Nabawi iaitu petunjuk utama datang dari Nabi SAW. Sedangkan pengubatan orang Islam berdasarkan amalan tradisi orang Islam yang merujuk kepada sesebuah etnik dan kaum yang terangkum dalam pengetahuan etno budaya yang turut dikenali sebagai kearifan tempatan.

Untuk meletakkannya sebagai pengubatan yang syarie maka amalan tersebut perlu kepada dalil dan sandaran, bukan semata-mata berpandukan hujah logik akal. Sumber dalil tersebut diperolehi dari dua sumber induk iaitu al-Quran beserta tafsirnya dan al-Hadith beserta syarahnya, Selain itu merujuk juga kepada ijtihad ulama tibb, qiyas dan juga tajribah.

Memandangkan tidak semua penyakit terutama yang pelik-pelik pada zaman ini dapat dikendalikan dengan mudah maka tajribah adalah satu ruang yang diberi untuk mencari solusinya. Jika tidak mampu melakukan tajribah sendiri maka bolehlah merujuk kepada pengalaman seseoran pengamal yang yang sudah lama berpengalman dan serius dalam bidang rawatan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

فساءلوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون

Maka tanyakan orang yang mahir (pakar) sekiranya kamu tidak mengetahui. (surah al-Nahl ayat 43).

Al-Quran adalah syifa’ (penyembuh) -al-Isra’ ayat 82 dan kesemuanya ada 6 tempat dalam al-Quran yang merujuk kepada kalimah syifa’. Ulama tibb menenaraikan kebih 20 surah yang terkandung dalamnya ayat-ayat ruqyah dalam rawatan. Begitu juga sebagai contoh ada 2 kali al-sidr (bidara) disebut dalam al-Quran dan dalam hadith disebut dalam 33 buah hadith. Begitu juga cara penggunaan daun bidara diperincikan oleh antaranya Tafsir Ibn Kathir yang memetik riwayat Ibn Munabbih. Itu sekadar contoh.

Berdasar kajian dan penyelidikan di hampir semua pusat rawatan Islam terpilih di nusantara, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa:

  1. Sebahagian besar perawat menggunakan ruqyah dari ayat al-Quran dan hadith, kecuali sebahagian kecil yang masih mencampuraduk dengan mantera siam dan melayu klasik termaduk puisi kuno seperti Kaf 40 (terdapat dalam manuskrip melayu lama).
  2. ⁠Sebahagian perawat tidak tahu ayat yang dibaca itu dari surah mana dan ayat berapa bahkan tidak faham maknanya.
  3. ⁠Sebahagian perawat bacaan masih tersalah tajwid dan makhraj bahkan tersalah baca pun ada.
  4. ⁠Ada perawat yang tidak hafal ayat ruqyah dan meruqyah pesakit sambil membuka buku.
  5. ⁠Sebahagian perawat masih menggunakan bahan rawatan yang mengelirukan untuk merawat pesakit gangguan iaitu persis yang digunakan oleh bomoh/dukun seperti daun mengkuang.
  6. ⁠Sebahagian perawat mencampur aduk kaedah rawatan denga turut menggunakan kaedah tradisional.
  7. ⁠Sebahagian perawat tersalah diagnos, maka rawatan yang diberi tidak tepat seperti penyakit sebenar yang dialami.
  8. ⁠Sebahagian pesakit bertanya masalah tauhid, fiqh dan persoalan agama yang asas berkaitan rawatan, namun sebahagian perawat gagal memberi jawapan yang memuaskan.
  9. ⁠Sebahagian perawat gagal membezakan antara penyakit fizikal, penyakit rohani, penyakit gangguan termasuk sihir, ain, santau dan lain-lain.
  10. ⁠Sebahagian perawat gagal mengemukakan dalil yang rekevan berkaitan bacaan ruqyah, kaedah dan bahan yang digunakan.
  11. ⁠Sesetengah perawat tidak memberi apa2 nasihat kepada pesakit tentang aspek pantangan, syor atau doa serta zikir yang patut diamalkan berterusan oleh pesakit.
  12. ⁠Terdapat perawat yang masih merokok tanpa segan silu di depan pesakit dan ahli keluarga.

    Itu sebahagian dari data yang kami (penyelidik) analisa hasil penyelidikan dan kajian di banyak pusat rawatan Islam terpilih di nusantara. Metod utama yang kami lakukan ialah interview responden yang terdiri dari pengurus pusat, perawat, pesakit, waris dan peneman pesakit termasuk orang awam, ahli akademik dan agamawan yang terlibat dalam rawatan Islam dan lain-lain.

Kaedah observasi

Metod observasi (pemerhatian/pemantauan) di premis rawatan turut dijalankan. Antaranya kami kunjungi pusat-pusat rawatan dengan mendaftar sebagai pesakit demi memperolehi info dan data yang diperlukan dalam kajian. Ada kes kami menyamar sebagai pesakit gangguan teruk dan merasuk sakan. Apa lagi tanpa diagnos dan penilaian awal, perawat di situ terus pegang dan kerjong sambil baca ruqyah dan para perawat lain juga kelamkabut, ada yang picit, tepuk2, pukul2, suap air ruqyah bergelas2 (kononnya nak bagi muntah), ada yang guna batang besi kepit celah2 jari kaki, ada yang guna lada hitam tekan perut ibu jari kaki, sakit oii, ada yang angkat tapak tangan menghala ke badan pesakit seolah2 radar sedang mengesan objek sihir, lepas tu dibaringkan dan macam2 dikerjakan. Itu gelagat mereka yang kami ‘observe’. Nasib baik tak dimandikan dengan ais di situ juga. Ada hadith pesakit boleh dimandikan dengan air sejuk/dingin, الماء البارد bukannya air batu ماء الثلج .

Sabda Nabi SAW:

اذا حم احدكم فليسن عليه الماء البارد ثلاث ليال من السحر

Jami’ al-Sahih, 487

Idha hamna ahadukum falyusanna almaaul baaridu thalatha layaalin minas sahari
Jika salah seorang daripada kamu demam, hendaklah dia / memandikannya dengan air sejuk selama tiga malam ‘sahara’. (sahara bermaksud waktu sahur yakni masih malam, belum terbit matahari. ertinya bukan mandi waktu siang.)

Nota: sihir juga dari kalimah sahara kerana sihir dilakukan biasanya pada waktu malam sebelum terbit matahari atau waktu bersahur.
Dari situ kami dapat banyak maklumat mengenai ayat yang dibaca, metod rawatan, bahan rawatan dan lain-lain. Rupanya mereka (sebahagian) belum tahu mendiagnos penyakit sebenar dan inilah yang dikatakan perawat bersumbu pendek.

Ada pusat rawatan yang terus cakap terkena sihir, ada juga kata sekian-sekian ramai jin dalam badan pesakit. Beratus bahkan beribu ekor. Seekor jin dicaj RM50.00 untuk dikeluarkan. Ada juga yang mengenakan caj luar biasa sehingga puluhan ribu ringgit dengan alasan sahabat Nabi SAW, Abu Said al- Khudri R.A pun terima upah. Apapun biarlah berpatutan dan tidak membebankan pesakit.

Contohilah Almarhum Tuan Guru Haron Din, setelah berjaya merawat seorang kerabat terdekat raja saudi, beliau ditawarkan apa saja yang dihajati, sebut saja pasti sang raja akan tunaikan. Almarhum Tuan Guru Haron Din menjawab beliau tak mahu apa-apa, cuma kalau boleh ingin minta izin untuk masuki kaabah dan bersolat dalamnya, terus ketika itu jawab sang raja “oh itu benda mudah”. Sejak peristiwa itu beliau boleh berbuat demikian bila-bila masa sahaja ketika berkunjung ke Makkah.

Semoga ada pengajaran dari tulisan ini. Kita mesti menjadi perawat berasaskan ilmu dan beretika. Dengan itu baru dikatakan mengamalkan rawatan berteraskan Tibb Nabawi dan mudah-mudahan kita mendapat syafaat kerana mengamalkan sunnahnya. Sekian.

– Dr Abdy
31.1.2024