Sihir penciuman
سحر المشموم – Apa itu sihir penciuman atau sihir masymum dan sejauh mana mudarat yang boleh terjadi ke atas mangsa?. Pengguna sihir ini biasanya tiada target khusus asalkan ada perluang terhidang di depan mata maka dia sesekali tidak akan melepaskan kesempatan tersebut.
Adakah sihir penciuman bermaksud seseorang penyihir akan mencium mangsanya?. Oh tidak sedemikian halnya, bacalah sampai habis dulu.
Perciuman bermaksud seseorang tercium atau terhidu sesuatu bahan yang dimanterakan seperti cecair atau minyak, seperti minyak wangi dan juga asap seperti asap rokok. Ada 2 tujuan utama sihir ini dilakukan iaitu untuk memukau dan satu lagi untuk menguasai minda seseorang agar teringat sesuatu atau seseorang dengan ingatan bertahap angau, makan tak kenyang, tidur tak lena dan serbaserbi tak menjadi.
Berdasarkan kes2 yang pernah terjadi, penyihir akan berada di tempat2 awam termasuk di kawasan bank dan ATM. Mangsa akan dihampiri atau berpura2 bertanya sesuatu dan di situlah penyihir akan menjalankan modus operandi iaitu menyapu, mencalit atau meleset minyak @haruman atau menyembur pada bahagian tertentu di tubuh atau pakaian mangsa. Bila terhidu atau tercium, dalam tempoh beberapa saat kesan mula terjadi. Mangsa seolah2 tak keruan, hilang fokus, terpinga2 seolah2 mindanya diarah oleh penyihir.
Setelah mengambil duit di kaunter ATM, semuanya diserah termasuk semua barang kenas yang dipakai. Penyihir yang bertindak lebih dari seorang akan tergesa2 meninggalkan lokasi tersebut. Kes lain penyihir menggunakan asap rokok sebagai objek pennciuman. Mangsa yang terhidu asap rokok akan terpukau dan akan dibawa ke lokasi terpencil dan tersorok dan di situlah mangsa akan diperlakukan apa sahaja termasuk dirompak, diperkosa atau dibunuh. Itulah antara penangan sihir masymum, hanya sekali terhidu atau tercium, kesannya amat trajis dan menyentap emosi sepanjang hayat.
Tidak seperti sihir tafriq, sihir ta’tilal al-Ziwaj, sihir masymum efeknya amat trajis dan menyentap emosi.
Justeru itu beberapa langkah boleh diambil, antaranya:
- Elakkan keluar rumah bersendirian.
- Bacalah doa2 yang sering diajar sebelum menuju ke sesuatu lokasi.
- Berhati2 bila didekati oleh individu yang tidak dikenali dan jangan terlalu ramah.
- Perhatikan orang yang mencurigakan apabila berurusan di kaunter atau beratur untuk sesuatu tujuan.
- Baca ayat kursi atau minum air botol yang siap diruqyah sebelum berurusan dengan orang.
Demikianlah secebis coretan mengenai sihir masymum dan kesan buruknya. Semoga kita sentiiasa berjaga2 agar diri dan ahli kekuarga tidak menjadi mangsa dan sekiranya terjad, buatlah report polis dan jumpa perawat dalam tempoh kurang 24 jam, jika terlebih masa,jejaknya agak sukar untuk dikesan. Satu lagi elak pergi ke dukun atau pawang atau yang menggunakan kaedah yang tidak syarii walaupun dia mengaku perawat Islam.
Sekian,
Dr Abdy
26.1.24

