Isu dan cabaran menjadi perawat

Terdapat banyak isu dan cabaran yang melingkari komuniti perawat Islam, di antaranya ialah;

  1. Keilmuan dalam rawatan yang agak terbatas kerana masih banyak terminologi penyakit yang belum pernah diketahui kerana tidak dimasukkan dalam modul kursus perubatan yang pernah dihadiri.
  2. ⁠Gagal membezakan antara penyakit yg mempunyai simptom yang hampir sama seperti pening kepala, migrain dan vertigo.
  3. ⁠Gagal memahami beberapa penyakit kronik seperti jenis2 kanser, penyakit kardiovaskular, dermatologi, endometriosis, cyst, fibroid, prostat, ulser, dll.
  4. ⁠Kurang arif berkaitan fungsi x-ray, ct scan, MRI, scop, ecg dll
  5. ⁠Kurang cermat dalam penggunaan herba ubatan dari sudut dos dan kesan sampingan.
  6. ⁠Tidak memberi nasihat yang betul kpd pesakit
  7. ⁠Merawat secara tergesa2 dan sambil lewa lantaran pesakit yang ramai menunggu giliran.
  8. ⁠Kelemahan bacaan ruqyah dari sudut tajwid, makhraj dll.
  9. ⁠Gagal menghafal ayat2 ruqyah penting utk penyakit tertentu.
  10. ⁠Mengenakan caj rawatan yang tidak masuk akal.
  11. ⁠Mengenakan kod pakaian yang kurang sesuai sebagai perawat.
  12. ⁠Gagal memahami dan mematuhi etika perawat dan pesakit.
  13. ⁠Mengadakan rawatan susulan yang terlalu kerap dan tempoh yang panjang.
  14. Premis atau tempat merawat yg tidak kondusif, kotor, terlalu sempit dan sisa bahan buangan seperti muntah dan darah bekam yg tidak diurus dengan baik.
  15. ⁠Mengambil peluang mempromosi produk tertentu kepada pesakit yang tiada kena mengena dgn rawatan dan kesihatan.
  16. Tempoh temujanji yang terlalu lama dan enggan merujuk kepada perawat lain yang berkelapangan.
  17. ⁠Mencampuradukkan kaedah rawatan Islam dgn rawatan lain yg tidak islamik yg blh mengelirukan pesakit dsn mengundang fitnah,
  18. ⁠Memberi tangkal dan azimat tertentu dengan alasan ianya hanya alat kerana yang menyembuh adalah Allah.
  19. Kurang arif asas tauhid, fiqh, munakahat, muamalat dll kerana ramai pesakit turut brrtanya isu2 berkaitan yang berhubung kait dgn rawatan.
  20. ⁠Berburuk sangka terhadap pesakit, ahli keluarga mereka dan perawat lain,
  21. ⁠Mengamalkan rawatan tradisional etnik atau kaum namun berselindung di balik premis bernuansa Islam.
  22. ⁠Enggan menerima pandangan dan saranan dari perawat bukan sealiran perguruan.
  23. ⁠Menjadi perawat segera hanya dgn belajar menerusi tiktok, fb, youtube dll.
  24. ⁠Mendakwa mampu merawat apa jua penyakit dgn jaminan sembuh.

Itu sebahagian yang sempat saya catat semoga ia menjadi peringatan buat diri saya dan para perawat sekalisn. Sadaqallahul Azim.
Dr Abdy.
22.1.24