Stress pesakit kronik

Ramai pesakit kronik yang mendapat rawatan dari klinik dan hospital kerajaan dan swasta dan sebahagian besar mereka terdiri daripada warga emas dan ada yang dah bersara. Penyakit adalah pemberian Allah Ta’ala dan menjadi satu ujian bagi hamba Nya yg beriman. Pesakit kena berikhtiar dan berdoa kemudian barulah bertawakkal. Di hospital pesakit berikhtiar namun aspek doa dan bertawakkal kurang ditekankan oleh staf kesihatan bahkan hampir tiada langsung amalan ini. Mereka cuma ingin memastikan pesakit ikut arahan doktor, ambil ubat dan patuh pd nasihat pakar diet dan nutrisi. Bukan nak salahkan mereka sebab itulah mazhab WHO yg perlu dipegang oleh semua pengamal kesihatan dan perubatan di seluruh dunia. Aspek agama tidak boleh dilibatkn dalam bidang tersebut dan dianggap tiada kena mengena. Namun kita sedar ada sebilangan doktor muslim yg turut menasihati pesakit agar byk berdoa kpd Allah bahkan mereka baca bismillah secara senyap2 sewaktu menyucuk ubat dan melakukan prosedur rawatan ke atas pesakit. Tanpa berniat menyinggung mana2 pihak dan tanpa bertujuan untuk kondem perubatan alopati, hal ini perlu dititikberatkan sama oleh perawat Islam. Mereka perlu sentiasa menasihati pesakit walau di mana sahaja mereka mendapat rawatan. Sebagai makhluk Allah kita wajib percaya hanya Allah swt penyembuh sebenar dan perawat cuma berikhtiar.

Satu lagi aspek ialah komunikasi antara pengamal dengan pesakit harus dalam situasi ramah tetapi tegas. Pesakit adalah orang yang sedang menderita, bergelut dengan kesakitan yang lambat sembuh, ditambah dengan bebanan kewangan untuk melunaskan bil dan kos lain termasuk transport. Ini semua memberi teknan dan beban emosi ke atas pesakit dan ahli keluarga. Tidak kurang yang terpaksa balik rumah dan meninggalkan rawatan di wad kerana tidak mampu melepasi semua halangan tersebut. Staf kesihatan ramai yang ramah dan berkomunikasi dengan pesakit secara berhemah dan profesional. Namun ada segelintir yang sering memarahi pesakit dengan anggapan tak ikut nasihat doktor bahkan ada yang menyindir dan memperli pesakit dan ahli keluarganya. Lebih mengecewakan jika masalah peribadi staf dibawa ke tempat kerja. Saya sebut ini bukan di hospitak dan klinik sahaja bahkan di premis perubatan PT&K pun sama.

Jangan menambah bebas stres pesakit kronik dengan telahan yang bersifat negatif, pesimis, seolah2 pesakit kronik adalah golongan yang sedang menunggu giliran malaikat maut datang menjemput. Berilah sedikit ruang kpd mereka untuk merasai nikmat hidup dengan semangat dan motivasi. Semagat dan motivasi ibarat vaksin booster untuk mereka bertarung dengan kesakitan. Berilah mereka doa2 kesembuhan dan ketenangan. Peringatkan mereka bahawa Nabi saw juga mendapat sakit, antaranya baginda mengalami demam panas yang suhunya amat tinggi dalam tempoh seminggu menjelang kewafatannya. Coretan ini ditujukan buat diri saya dan semua petugas kesihatan tak kira di mana jua kita berada.

Dr Abdy – Ahli PTPM, GPMM dan pengasas Muslimcare & Consultancy Services (MHCS)
14.1.2024

  • ahli GPMM
  • pengasas dan pemilik MHCS (Muslim HealthCare & Consultancy Services).