Sumbangan kurma: GPMM-PKPA sempena Ramadhan 1444H/2023M
PUNCAK ALAM, 23 MAC: Telah diadakan majlis serahan sumbangan kurma daripada GPMM kepada Pusat Koreksional Puncak Alam PKPA di bilik mesyuarat sementara PKPA. Sumbangan ini bersempena bulan Ramadan yang mulia ini bagi tambahan juadah berbuka kepada penghuni serta pegawai PKPA. Sebanyak 130 kilogram kurma telah disumbangkan oleh GPMM disampaikan oleh Dr Nor Azian Bin Abd Rahman, mewakili GPMM. Tuan Wan Abidin bin Wan Nordin menerima sumbangan bagi pihak PKPA. Majlis bermula jam 11 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari berjalan baik dan lancar.
