Ziarah Mahabbah dan Iftar bersama Penghuni Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA)

PUNCAK ALAM – 21 APRIL 2022 (Khamis) telah diadakan Majlis Ziarah Mahabbah dan Iftar Jamaie bersama Penghuni PKPA anjuran bersama PKPA dan NGO GPMM. Objektif program adalah bagi menyantuni penghuni di PKPA disamping memberikan juadah berbuka yang sedikit istimewa kepada penghuni bersesuaian dengan bulan ramadhan sebagai bulan untuk kita memberi. Tajaan berbuka puasa telah disumbangkan oleh GPMM.

Majlis dimulakan dengan sesi tazkirah ramadhan oleh al-fadhil Ustaz Mohd Zul Amirul Izwan bin Mat Deraseh wakil dari GPMM sebagai salah satu pengisian majlis. Penyerahan saguhati kenangan dari PKPA telah disempurnakan oleh IP Wan Abidin Bin Wan Nordin, Ketua Unit Pemulihan PKPA. Majlis bermula sekitar Jam 6 petang dan berakhir jam 8 malam berjalan dengan baik dan lancar.

Mungkin imej 8 orang dan orang berdiri
Mungkin imej 7 orang, orang berdiri dan teks yang berkata 'PUSAT PUNCAK KOREKLIONAL JABATAN PENJARA MALAYSIA'