Niat ‘ziarah’ asbab kesembuhan pesakit
Menjadi amalan perawat-perawat Islam seperti Alfadhil Tuan Guru Us Dato Sharhan Shafie (Alruqyah Thobibi), Almarhum Tuan Guru Us Dato Haron Din Alhafiz (Darulsyifa), Tuan Guru Us Dusuki Abd Rani (Tibbun Nabawi) dll. perawat masyhur yang lain tidak akan keluar ke tempat pesakit dari tempat mereka berada melainkan dengan niat untuk ‘menziarahi’ pesakit.
Suka untuk saya kongsikan di sini etika amalan perawat itu sendiri mengandungi disiplin yang telah digariskan Gabungan Perawat Muslim Malaysia GPMM antaranya, keluar menuju lokasi pesakit dengan bacaan ayat-ayat benteng diri, hizib, selawat dan niat (ziarah pesakit).
Kepentingan niat dalam amalan ziarah sesuai dengan beberapa petikan Sabda Baginda Nabi SAW
إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ، فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
“Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.” (Riwayat Muslim)
مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِى خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit, dia berada dalam kebun syurga sehinggalah dia pulang.” (Riwayat Muslim)
مَنْ عَادَ مَرِيضًا ، نَادَى مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ : طِبْتَ ، وَطَابَ مَمْشَاكَ ، وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka ada penyeru yang menyeru dari langit: Kamu adalah orang baik, dan langkahmu juga baik dan engkau berhak mendapat satu tempat di syurga.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi)
Mudah-mudahan ibadah ziarah yang kita lakukan adalah dengan niat yang ikhlas, diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan mendapat keredhaan, keberkatan serta rahmat yang berterusan dari Nya. Amin Ya Rabbal Alamin.
وَمَنْ أَرَادَ الْءَاخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُو۟لٰٓئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُورًا
“Dan sesiapa yang menghendaki kebahagiaan hidup akhirat dan berusaha mengerjakan amal kebajikan untuk tujuan itu dengan usaha yang bersungguh-sungguh sedang dia beriman maka mereka itulah yang usaha mereka dikurniakan ganjaran yang baik (diberi pahala)” – Surah Al-Israa’ ayat 19:
Wallahua’lam
Haji Amar Amin
Ahli berdaftar,
Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM)

