Mitos mandi malam dan paru-paru berair
Dalam ruangan terdahulu saya ada menyatakan tentang Mandi adalah satu aktiviti yang mempunyai kesan yang besar kepada Tidur yang lena dan tidur yang lena pula memberikan kesan yang besar kepada keseimbangan Komponen Jasad dalam kehidupan.
Ekoran dari itu ada yang bertanyakan tentang apakah benar bahawa Mandi Malam boleh membawa kepada masalah paru-paru berair. Satu pertanyaan yang baik memandangkan kenyataan ini seringkali berlegar-legar di pentas media sosial.
Pertama sebelum kita pergi kepada persoalan di atas, kita kena lihat kepada perkara asas tujuan mandi itu sendiri, pada umumnya ianya termasuk dalam bab Thaharah (Bersuci). Sebab itulah ada hukum khusus dalam bab mandian di mana pada keadaan tertentu adanya wajib mandi, ada ketikanya sunat mandi, ada ketikanya harus mandi, ada ketikanya makruh mandi dan malah adakalanya haram melakukan mandian tertentu.
Dalam hal biasa, harus kita mandi, dan tujuan mandi ialah membersihkan diri, di mana pembersihan akan berlaku bilamana air dapat diratakan ke seluruh badan termasuk pada rongga tertentu. Dalam sudut tertentu juga mandi adalah satu proses membersihkan kulit, rambut khususnya bulu roma dan juga kuku (saya telah bicara tentang penting kulit, bulu roma dan kuku dalam catatan Tahukan Anda sebelum ini, jadi sila rujuk).
Dengan kata lain juga Mandi adalah satu proses membersih diri dengan meratakan air ke seluruh anggota badan, maka sebarang pelanggaran kepada prosedur utama ini memungkinkan berlakunya kemudharatan atas amalan mandi, contohnya kita mandi tanpa menyampaikan air ke rambut di kepala dengan memakai “shower cap” atau mandi secara cepat-cepat tanpa rata air satu badan dan seumpamanya, semua ini boleh memberi kesan mudharat kepada kita.
Oleh yang demikian tiadalah mudharatnya mandi itu pada waktu mana-mana sekalipun, tetapi sekalipun mandi pada waktu siang tapi tidak rata air satu badan, maka ianya juga boleh mendatangkan mudharat. Pada pandangan saya, mandi adalah satu perkara yang amat digalakan dan diperbanyakkan, kerana dengan mandian yang betul dapat membersihkan kulit, bulu roma malah kuku, sebagaimana dinyatakan dalam catatan Tahukah Anda sebelum ini, kebersihan 3 organ ini amat memberi kesan yang ketara kepada keseimbangan Jasad kita khusus tidur yang lena.
Moga-moga dengan penjelasan ini tiada lagi yang beralasan untuk tidak mandi pada waktu malam, malah pada satu keadaan tertentu dengan cara mandi yang betul dan sempurna, amalan mandi pada waktu malam boleh memberi kesan rawatan keseimbangan kepada sesetengah masalah ketidakseimbangan Jasad. Wallahua’lam.
Norhissam bin Mustafa
ATMeDIK/SiHAT2U/PuRNAMA/PeNCETUS

