Sebuah renungan

Perkongsian ini cuba membawa kita merenungi hubungan kita dengan Allah yang menciptakan dengan penuh kesempurnaan. Manusia diciptakan oleh Allah swt sebagai sebaik-baik kejadian. Manusia bukan sahaja dilengkapi dengan tubuh badan dan fizikal yang sempurna bahkan dikurniakan akal fikiran untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Tubuh atau jasad kita hanyalah wasilah atau sarana bagi ruh kita sebagai manusia menjalankan fungsi sebagai hambaNya. Tubuh dan ruh tidak boleh dipisahkan kecuali dengan sebab kematian sahaja. Untuk itu ketika kita membaca ayat-ayat al-Quran,solat atau berdo’a, maka kita harus menggunakan tubuh dan ruh kita serentak dan bersama-sama agar apa yang kita lakukan. Jika kita memohon kepadaNya penun khsyuk dan penuh ketundukan nescaya akan diterima oleh Allah swt. Sama halnya ketika kita sebagai peruqyah membaca ayat-ayat al-Quran untuk dijadikan syifa; (penawar) atau ubat,maka tubuh dan ruh anda harus hadir bersama-sama untuk mendapatkan tujuan atau hajat yang kita kehendaki. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw sebuah hadith sahih (maksudnya):

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai”. (HR.At-Tirmidhi).

Kesimpulannya,  tubuh dan ruh harus menyatu dan tunduk beribadah kepada Rabbnya sebagai perwujudan dari perhambaannya.  Selaku peruqyah, maka hal ini harus diyakini dalam usaha kita mengubati pesakit agar Allah SWT mempercepatkan kesembuhan ke atas seseorang pesakit. Maka janganlah berubat hanya untuk tujuan lain seperti semata-mata untuk mendapat ganjaran keduniaan atau sanjungan manusia lainnya. Wallahu A’lam.

Ditulis oleh Haji Yusof   (TOK BAK)
Disunting oleh Dr Abdullah Yusof

7 Mei 2021