Rawatan berunsurkan herba alami
Dalam amalan perubatan Islam terdapat beratus-ratus jenis penyakit fizikal selain penyakit rohani atau gangguan. Perawat Islam yang dikenali juga sebagai peruqyah akan turut menggunakan bahan alami sebagai ikhtiar kesembuhan. Pada perkongsian kali ini saya iingin menyentuh berkenaan masalah senggugut yang kerap dialami oleh para wanita. Masalah sengugut jika berpanjangan bukan sahaja mendatangkan masalah fizikal bahkan menjejaskan bahagian saraf dan urat yang akan tersimpul bahagian perut (abdomen) dan sistem peranakan. Terdapat juga masalah senggugut akibat gangguan saka dan daripada mak bidan tertentu khususya yang mendapat ilmu melalui mimpi. Ada juga masalah dialami kerana mendapat ilmu atau berkecimpung dalam rawatan dengan bantuan makhluk halus seperti hantu penanggal.
Jika situasi agak kronik dan membimbangkan maka pesakit senggugut perlu diruqyahkan untuk mengenalpasti puncanya (diagnos) sebelum rawatan yang sesuai diberikan. Ada juga kes disebabkan oleh faktor usia yang sudah tua. Berdasarkan pengalaman melakukan tajribah (ujian atau percubaan) ke atas para pesakit yang disertai dengan bacaan ayat-ayat ruqyah tertentu, pada anggota badan atau sendi tertentu, didapati ada kes disebabkan gangguan. Ikhtiar membuang gangguan rawatan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah senggugut.
Selain bacaan ruqyah, antara bahan herba yang dikhususkan untuk merawat masalah senggugut ialah:
- Seulas bawang putih.
- Seulas halia sebesar ibu jari.
- 5 biji lada hitam.
Dao yang perlu dibaca ialah:
- Surah al-Fatihah 1 kali.
- Ruqyah ayat pemecah kebuntuan (law anzalna).
- Ayat mengurangkan kesakitan di badan iaiti
Ralat bacaan ruqyah: Ruqyah menghindari kesakitan:
بسم الله بسم الله بسم الله
وأحاذر أجد ما شر من وقدرته الله بعزة أعوذ
Sebanyak 7 kali
- Ruqyah Ilaj Ilahi.
- Ayat-ayat syifa’ ( termasuk selawat syifa’).
Kaedah lengkap ialah mengambil lada hitam lalu ditumbuk lumat atau dihancurkan, kemudian dikisar bersama-sama halia dan bawang putih dengan dicampur air kira-kira secawan. Setelah ditapis, berilah kepada pesakit senggugut meminumnya selama 3 hari berturut-turut dengan disertai bacaan ayat-ayat ruqyah yang disebutkan di atas. InsyaAllah masalah senggugut dapat dikurangkan dan akhirnya sembuh total.
Kesimpulannya, walau apapun jenis penyakit atau masalah kesihatan, tentu ada akhtiar dan penawarnya asalkan kita berusaha tanpa berputus asa dan sentiasa memohon pertolongan Allah swt. IsyaAllah pada perkongsian kali yang lain, akan dibincang penyakit lain pula. Semoga ianya memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua. Terima kasih. Wallahu Musta’an.
Disusun oleh Ustaz Tajul Arifin M Kamin (Ahli No:0035)
Disunting oleh Dr Abdullah Yusof (Ahli No: 0007)
7.5.2021.

