Jin curi hasil tanaman
Peranan perawat Islam sebenarnya menjangkaui tugas doktor yang hanya mengendalikn penyakit manusia. Kisah jin mencuri buah kurma pd zaman Nabi SAW semua perawat dah tahu. Kejadian jin mencuri ini juga sering terjadi baik di Tanah Melayu, Tanah Jawa, Sumatera, Kalimantan dan lain-lain. Ada beberapa nama yang diberikn kepada jin pencuri tanaman atau hasil perkebunan. Di tanah Jawa dulu terdapat istilah “menthek” untuk menamai jenis hantu cebol yang tinggal di sawah.
Para petani sangat risau angkara para “menthek”, kerana terdapat pemilik sawah dan kebun yg tamak memanfaatkan jin fasiq itu untuk memindahkan hasil tuaian orang lain ke sawah miliknya sehingga hasil tuaian meningkat 2 kali ganda.
Untuk menghindari kejadian teresbut, mereka melakukn ritual wiwit iaitu peletakan sesaji di sawah sebagai pemujaan terhadap Dewi Sri, dewa pertanian.
Di dalam Islam, ritual seperti itu termasuk perbuatan syirik. Maka pengamal perubatan Islam boleh menawarkan cara terbaik untuk mengelak dari pencurian jin fasiq. Selain amalan-amalan biasa, perawat perlu masuk ke sawah atau ke kebun dgn membaca : “Bismillah. Masya Allah Laa Hawla wala Quwwata illa billaah…”
Jika hasil kebun atau sawah dah dicuri jin, apa yg harus dilakukan ?
- Ambillah wudhu, solat sunnah 2 rakaat dan baca syahadat.
- Baca doa ini.
يَا هَادِيَ الضَّال، وَرَادَّ الضَّالَة ارْدُدْ عَلَيَّ ضَالَتِي بِعِزَّتِكَ وَسُلْطَانِكَ فَإِنَّهاَ مِنْ عَطَائِكَ وَفَضْلِكَ
“Ya Allah, zat yang melimpahkan hidayah bagi orang yang sesat, yang mengembalikan barang yang hilang. Kembalikanlah barangku yang hilang dengan kuasa dan kekuasaan-Mu. Sesungguhnya barang itu adalah sebahagian dari anugerah dan pemberian-Mu’.”
Amalan di atas bersumber dari hadith yg diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf no. 29720, al-Baihaqi dalam ad-Da’awat al-Kabir (2/54).
Amalan tersebut mungkin tiada pengiktirafan dari pihak berwajib seperti KKM, namun Kementerian Pertanian & Asas Tani, Perladangan dan Komoditi dan sebagainya mungkin boleh memanfaatkan khidmat perawat Islam. Doa untuk para nelayan dan kaki pancing juga ada (jika ada kesempatan kita share di sini) cuma dinasihatkn tidak baca doa tersebut ketika masuk acara pertandingan memancing kerana bimbang peserta-peserta lain akan kempunan nanti. Petua inipun diberitahu oleh arwah Tuan Guru Harun Din Al Hafiz. Saya kongsi jika ia boleh memberi manfaat kpd ahli GPMM, jika tidak abaikan sahaja.
Dr Abdullah,
EXCO GPMM 2021/2023