Kanser, gene dan jin satu coretan pandangan
Kanser adalah satu penyakit kronik yang terjadi apabila pertumbuhan sel diluar kawalan dan membiak tanpa dapat dikawal oleh badan sehingga boleh memusnahkan sel bersebelahan dan merebak ke organ dan tisu lain. Tubuh manusia mempunyai bertrillion sel dan jika salah satu sel ini termutasi, rosak atau hilang boleh mengakibatkan pembentukan gumpalan dipanggil tumor dan kanser boleh terjadi dilokasi ini. Satu yang menarik ialah teori yang biasa didengar tentang kanser yang berpunca dari jin. Benarkah dakwaan itu? Secara teorinya, jin boleh masuk masuk dalam salur darah manusia dan tidak mustahil berada dalam sel untuk bermutasi atau menyebabkan sel itu rosak atau hilang dimakan jin. Makanan dracula ialah darah tapi frakeinstein mungkin diet lain.
Saya ingin berkongsi 2 kes kanser tahap 4 dan 1 kes tahap 2 yang saya berikan kepada pesakit senarai simptom Jinn-related Syndrome. Istilah kena canggih sikit selari dengan arus pemodenan teknologi perubatan. Berdasarkan simptom yang ditanda saya nampak terdapat tanda positif mempunyai simptom tapi perlu dipastikan dengan cara ruqyah. Saya pun meruqyah dan kesemua mereka memberikan reaksi pada bacaan ruqyah antaranya merasa benda bergerak ditempat kanser, muntah, berdebar, bisa menyusuk badan, perut memulas, meremang, ketat di dada, panas ditekak, batuk, tekanan dalam telinga, mengantuk, sendawa, menguap, pening di frontal dan lain-lain. Berdasarkan reaksi ini dalam ilmu perubatan komplementari Islam, terdapat tanda jin dalam tubuh. Jadi mungkinkah dalam kes ini jin yang menyebabkan sel-sel itu hilang kawalan? Ini bukan misteri nusantara tapi ia adalah realiti dan berfakta. Pembuktian jin penyebab kanser tidak mustahil boleh dilakukan dengan pendekatan sains, jika oksigen dalam darah boleh diukur, mungkin jin juga boleh diukur.
Walaubagaimanapun, pesakit tidak harus meninggalkan rawatan di hospital kerana merawat masalah jin dalam gene ini adalah satu rawatan komplementari yang tetap memerlukan pengawasan atau rawatan dari doktor pakar di hospital.
Catatan:
azian@gpmmcare
18/01/2021