Bolehkah pukul atau bunuh jin?
Ramai perawat malahan pesakit sendiri yang bertanya tentang jin yang degil, asyik membuat gangguan… bolehkah dipukul… kalau dibunuh pula atas sebab apa jin dibunuh?, adakah kesalahan yang mereka buat membolehkah kita bunuh dia? maka ulasan saya begini;
Menangani makhluk ghaib ini memerlukan penelitian yang antara lain;
1. Mengenalpasti jin itu jenis apa; iblis, ifrit, syaitan, jin biasa, bunian dan lain-lain, sebab di antara mereka mempunyai ciri-ciri dan bentuk gangguan tersendiri.
2. Sebahagian mereka bertindak kerana membalas dendam atau perintah tukang sihir atau tak sengaja masuk ke dalam badan manusia akibat kelalaian manusia atau angkara jin nasab dan lain-lain.
3. Perawat kena mengambil beberapa pendekatan; mendakwah kepada Islam, menyuruh keluar dari badan pesakit dan hentikan gangguan, membatalkan perjanjian dengan para tukang sihir@pengupah, menyakitinya dengan meneruskan bacaan ayat-ayat ruqyah, mengancam dengan laknat Allah dan balasan neraka dan sebagainya. Jangan asal ganggu manusia sahaja terus nak bunuh, beraksi seperti membunuh, sembelih atau memancung jin. Hebat sungguh perawat bertindak semacam ini. Apatah lagi di hadapan pesakit dan ahli keluarga serta orang yang berada di situ. Ada juga yang rekod dalam live video, jadi youtuber, facebooker dan sebagainya. Lepas tu tulis ramai dah perawat lain, berpuluh-puluh dah rawat pesakit tapi tak sembuh, dengan dia terus sembuh.
4. Memandangkan makhluk-makhluk itu bersifat halus. lembut, bersifat etheric dan tidak berjisim seperti manusia, maka pukulan adalah simbolik agar mereka keluar dan kecederaan mereka bukan kerana pukulan tetapi kerana kesan ruqyah ke atas pesakit yang ditepuk atau dipukul menerusi tangan perawat yangg membaca ruqyah. Kalau Allah izinkan ia tercedera maka tercederalah ia, kalau diizinkan terbakar maka terbakarlah ia, begitu juga kalau terbunuh. Janganlah kita mendabik dada bahawa kita boleh bunuh jin, ambil nyawa jin seolah-olah mengambil tempat dan hak Allah swt. Cuma pembunuhan tersebut tidak boleh dibicarakan di mahkamah manusia.
5. Memandangkan makhluk ini berakal, berkemampuan bergerak dan berlari dalam badan dan saluran darah manusia, maka mereka boleh beralih tempat setelah dipukul dan adakalanya menipudaya perawat seolah-olah pesakit merasai kesakitan pada anggota tertentu, sedangkan jin sudah keluar atau berpindah tempat, maka disangka tempat tertentu ada jin berkumpul, maka dipukul bertalu-talu di tempat itu termasuk dengan objek keras dan tumpul. Bila pesakit mengadu lebam dan bengkak, maka dikatakan..oh itu tandanya jin sudah keluar atau mati.
6. Memahami helah dan tipudaya makhluk ini menerusi bukan sahaja dialog atau interaksi sewaktu rawatan, bahkan secara perbincangan, khususnya jin yang ingin bertaubat untuk tidak mengkhianati manusia lagi.
7. Sentiasa memohon petunjuk Allah swt sepanjang sesi rawatan agar penipuan makhluk tersebut terbongkar dan perawat dapat mengambil langkah berjaga-jaga. Jika jin sombong sekalipun, perawat tetap tidak boleh berlagak sombong, kerana jin akan tahu kelemahan manusia khususnya perawat yang sukakan pujian.
8. Nasihat saya untuk para perawat muda atau atau baru menceburi dunia peruqyahan ialah… (bersambung)
Wallah a`lam
Dr Abdullah Yusof (tanggal 21.12.2020)
EXCO Latihan dan pembangunan
(petikan dari tulisan asal dari blog saya pada 14 Julai 2013 yang disunting semula)