JAKIM – GPMM komited kerjasama tangani LGBT
PUTRAJAYA – JAKIM sentiasa bersedia membantu golongan LGBT yang ingin berhijrah kepada fitrah dan pendekatan yang digunakan adalah secara hikmah dan lembut, demikian menurut Dr Mohd Izwan Md Yusof, Penolong pengarah kanan, Bahagian keluarga , Sosial dan Komuniti, JAKIM.
Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM) hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian tersebut yang diketuai oleh Dato Dr Ahmad Sabirin Arshad . Perbincangan dua hala adalah berkisar kepada peranan serta sumbangan GPMM sebagai sebuah NGO yang dapat membantu JAKIM, kerajaan dan masyarakat dalam perkara yang berkaitan LGBT.
Hasil perbincangan tersebut, GPMM menawarkan modul Hijrah Assobirin untuk dibangunkan secara kajian penyelidikan khusus untuk komuniti LGBT, mengadakan program Hijrah Assobirin bersama JAKIM dan komuniti hijrah LGBT; dan menjalankan kajian penyelidikan di peringkat sekolah bagi membangunkan satu modul pencegahan LGBT di peringkat kanak-kanak dan remaja.
GPMM juga turut menzahirkan kesediaan untuk bersama-sama JAKIM dengan program yang direncanakan sebagai satu wadah dan tanggungjawab bagi menangani isu isu berkaitan LGBT. Kebersamaan GPMM dalam usaha murni kerajaan adalah satu batu loncatan ke arah yang lebih jauh dalam bidang perubatan komplementari.
Tarikh sebenar perjumpaan adalah pada 20/7/2020

