Menangani dilema LGBT

Isu berkaitan LGBT khususnya transgender kini semakin mendapat perhatian masyarakat. Ramai perawat yang ingin membantu namun tidak memiliki sebarang modul khusus apatah lagi jika tidak memiliki pengetahuan, latihan, kemahiran dan pengalaman yang mencukupi. Berikut adalah 10 ciri dan kelayakan seseorang yang ingin terlibat atau menceburkan diri dalam bidang perawatan LGBT iaitu:

  1. Memahami dengan mendalam siapakah gololongan LGBT dan khuntha dari sudut pandangan Islam dan pandangan sains perubatan.
  2. Pengetahuan tentang hukum fiqh atau syarak berkaitan status LGBT.
  3. Memahami sifat dan kecenderungan LGBT dalan kehidupan bersosial dan berkerjaya serta kedudukan amalan peribadatan mereka.
  4. Pengetahuan perawat tentang aspek kaunseling, psikologi dan terapi psikospiritual yang baik dan ini amat penting untuk berkomunikasi dengan LGBT.
  5. Kelayakan, kemahiran dan pengalaman perawat dalam melayani dan merawat LGBT dari sudut emosi, psikososial dan kerohanian.
  6. Perawat hendaklah mengaplikasi modul rawatan tertentu yang telah dinilai dan diuji serta mendapat latihan secukupnya sebelum terlibat dalam perawatan LGBT.
  7. Perawat hendaklah membuat persiapan diri yang mantap dari aspek rohani dan jasmani untuk berdepan dengan situasi yang mungkin berlaku di luar jangkaan.
  8. Perawat hendaklah sentiasa memohon pertolongan Allah swt dan mengelak dari sifat mementingkan diri, inginkan publisiti dan sanjungan serta pujian masyarakat.
  9. Perawat hendaklah menahan diri dari mencaci, memaki dan memandang remeh golongan LGBT baik dari aspek pengakuan, percakapan mahupun perbuatan.
  10. Berilah simpati dan anggaplah mereka adalah makhluk Allah swt yang perlu dibimbing dan ditunjuki jalan lurus dan lakukannya secara berhemah dan penuh kasih sayang.

SEKIAN.
Muallij dan mudawi.
19.7.2020 jam 9.00 am.