Apa itu geliga dan bolehkah digunakan untuk tujuan pengubatan?

Persoalan timbul tentang hukum mnggunakan bahan yg dinamakan geliga untuk tujuan pengubatan baik secara merendamnya dalam air lalu meminumnya atau melalui cara-cara lain. Jika harus apa hujahnya dan jika tidak apa pula hujahnya. Ia mungkin berkaitan pula dengan prinsip aqidah.

Maka tidaklah boleh menghukum sesuatu secara umum tetapi kenalah berpandukan kes demi kes. Contohnya dalam pengubatan banyak benda yang digunakan seperti garam, daun nangka, lada hitam, cili kering, duri landak, lendir mulut buaya, kemuning hitam dan lain-lain. Begitu juga permata zamrud, batu delima, batu akik, minyak kasturi putih, kayu tas, raja kayu, larak songsang, kethuk buluh, bulu perindu dan sebagainya.

Ada bahan yang berupa spesimen, sumber haiwan, tumbuhan, artifak, arkofak, logam, cecair dan sebagaiya. Geliga adalah tergolong dalam jenis arkofak seperti tulang, gigi, mutiara, geliga ular, geliga buluh dan lain-lain.

Ada yang menjadikannya sebagai permata cincin atau sebagai barang perhiasan atau aksesori semata-mata. Terdapat dakwaan bahawa geliga yang direndam di dalam air boleh mengubati penyakit tertentu dengan cara meminumnya. Ada yang menganggap ia bersalahan dengan syarak dan ada yang sebalikya.

Isu in bergantung pada jenis geliga yang digunakan, apa ritual yang dilakukan, apa pensyaratan dan pantang larangnya, apa jampi atau mantera yang digunakan dan jika ruqyah digunakan, adakah ianya syar’iyyah ataukah syirkiyyah.

Namun demikian sebagai perawat muslim, dia hendaklah sentiasa berhati-hati agar tidak menimbulkan fitnah walaupun amalan itu betul dan tidak menyalahi syarak. Contohnya amalan membakar bata untuk memulangkan sihir atau menghancurkan markaz tukang sihir kini ditegah diamalkan kerana boleh mengundang fitnah dalam masyarakat. bukan kerana ianya bersalahan dengan Islam.

Berhubung geliga, ia sering dikaitkan dengan khasiat dan manfaat tertentu setelah duji ada pula yang menghubungkannya dengan kesaktian atau sebagai benda sakti. Adakah kerana manfaatnya yang luarbiasa semata-mata maka ianya haram.

Allah swt menjadikan sesuatu ada tujuan dan hikmahnya. Ada yang sesuai untuk manusia ada yang sesuai untuk haiwan atan benda mati. Ada yang halalan tayyiban dan ada yang sebaliknya sehingga boleh mendatangkan mudarat.

Ada manusia sudah mngetahui kegunaan atau manfaat sesuatu benda dan ada yang belum. Maka manusia sentiasa mncari rahsia khasiat sesuatu menerusi ujikaji atau tajribah dan ada yang membuat ujian di makmal sains.

Ringkasnya, jalanlah terlalu mudah memberikan hukum dan jangan pula terlalu cepat menidakkan anugerah pemberian Allah swt kepada makhlukNya. Mencegah dari kemudaratan yang besar terjadi kemudiannya adalah penting namun ada banyak aspek yang perlu dinilai dan diamati beserta sandaran dalil dan pandangan ulamak mujtahid termasuk ulamak ruqyah yang musyid. Semoga kita terselamat dari membuat tuduhan rambang apatah lagi jika kita bukanlah jauhari yang mengenal maknikam.

SEKIAN.

Mu’allij da mudawi
19.7.2020 jam 9.30 pm.

Nota: Tujuan artikel ini ditulis hanya sekadar berkongsi info, bukan bertujuan untuk mengundang perdebatan dan jauh sekali untuk mencetuskan polemik.