GPMM, PICOMS bincang kerjasama program persijilan kursus PTK

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS mengadakan perbincangan dua hala dalam penganjuran kursus sijil Terapi ANNUR dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan , Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM) di bangunan PIUC, Batu Muda, Kuala Lumpur sebentar tadi yang dipengerusikan sendiri oleh Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Professor Dr Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman.

Sijil terapi ANNUR adalah modaliti rawatan yang dicadang ditawarkan kepada masyarakat umum , pelajar sains kesihatan sebagai elektif kursus dan pengamal yang ingin mendalami perubatan komplementari secara holistik yang merangkumi aspek antaranya Bimbingjiwa, ruqyah syar’iyyah, pemakanan, aromaterapi dan lain-lain. PIUC adalah IPTS yang menawarkan kursus dalam pelbagai bidang termasuk farmasi, fisioterapi, kejururawatan, sains kesihatan dan pengurusan. Turut hadir mewakili GPMM adalah Dato Dr Ahmad Sabirin Arshad, Dr Nor Azian Ab Rahman, Datin Seri Dr Zainah Mokhtar dan Tabib Nornizam Ngadeni.

Perbincangan dua hala ini adalah lanjutan dari kerjasama dua hala institusi pendidikan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk program sijil terapi ANNUR.