Istilah rumah berhantu
Apabila kita membincangkan permasalahan Rumah yang mempunyai ciri-ciri gangguan jin (istilah rumah berhantu), tidak kiralah dari segi serangan ilmu hitam (sihir), atau tempat tinggal itu sendiri yang asalnya ada kesan2 tapak (kawasan) yang sememangnya di sukai atau diduduki akn makhluk ini (perkampungan asal/ tempat tinggal).. yang biasa kita dgr tanda2 yang sinonim didalam kaedah rawatan Gangguan spiritual seperti.
Bunyi-bunyi yg aneh ditempat tinggal (guli bertaburan di atas lantai/suara aneh/atau ketukan pada benda dan bahan), nampak kelibat seperti lintasan, bau busuk walaupun sudah dibersihkn, di masuki binatang atau serangga yg pelik tanpa sebab, tempat mudah kotor (mudah berhabuk/sisa2 kotoran makanan/sampah terbiar)
Maka di sini secara perlahan2 akn memberi kesan perubahan, nmpk atau sedikit demi sedikit akn berlaku pemudaratan terhadap keluarga yg tinggal… contohnya…
Kurang bermaya dan sentiasa letih..
Sering sakit atau strees…
Ketakutan..
Hilang kehidupan harmoni sesuatu keluarga (dijauhi kasih syg/tumpuan)…
Bergaduh, bertengkar yg keterlaluan…
Dll..
Jadi sesetengahnya apabila kita melihat sesuatu masalah ini berlaku.. dan dibiarkan.. maka disini faktor menakluk dari semua aspek oleh penghuni yg tidak diundang ini akn memberikn kesan yg negatif terhadp diri mahupun sebuah keluarga itu setelah menjalani hidup yg harmoni selama ini…
Hakikatnya syaitan yg menghasut dan ingin memporak perandakan dari perbagai aspek kerna Syaitan telah berjanji di hadapan Allah bahawa dia akan menyesatkan dengan pelbagai bentuk cara dan keadaan, hakikat ini dirakamkan dalam al-Quran:
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ () ثُمَّ لَآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” Al-`Aaraf: 17
Dalam beberapa kajian & pengalaman saya menangani gangguan rumah yang bermasaalah…
Walaupun kita sudah Memagari tempat kediaman/rumah kita dengan Ayat-ayat Ruqyah & Doa sebelum pergi meninggalkan rumah utk balik bercuti panjang di musim perayaan namun masih ada lagi kebarangkalian Makhlus halus/jin suka utk duduk & cuba memasuki rumah kita..
Kenapa??????? antara sebabnya ialah.
- Meninggalkan rumah Rumah dlm keadaan kotor, saki baki kotoran, bangkai binatang yg mati tersembunyi, yg berbau atau sampah yg tidak sempat dibuang juga sisa2 makanan yg berada di celah2 perabot/perkakas rumah yg kita terlepas pandang, seperti serpihan makanan ringan, nasi, biskut dan sebagainya yang berbau makanan..
- Membiarkan setiap bilik dalam keadaan gelap tidak dimasuki cahaya sentiasa tertutup, apatah lagi meninggalkan tempat kediaman dlm masa yg panjang…
- Pakaian yang berbau dan tidak dibasuh/atau cadar/bantal & tempat tidur yang berbau/bekas peluh, mungkin terkena sisa makanan atau air kencing ank kecil, kesan pampers yang kotor, tidak dibasuh dibiarkan tanpa dibersihkan atau ditinggalkn kerana xsempat utk berkemas…
- Permainan anak2 patung yg lengkap anggota badan manusia (cukup sifat) yg mungkin mengundang/menjadi kesukaan makhluk halus jin, yang dibiarkan diruang-ruang tamu atau bilik, sebaiknya disimpan didalam bekas atau tempat simpanan tertutup..
- Tempat bilik air/mandi yg berbau meninggalkan kesan2 kotoran yg perlu dibersihkan…
- Membersihkan sarang-sarang (labah-labah kecil pembuat sarang berada di sudut dinding rumah) yg disetiap sudut dinding rumah ini dipenuhi banyak untuk dibersihkn,
- Dalam keadaan masih mempercayai tangkal/atau azimat sebagai penjaga rumah seperti senjata lama (keris, tombak & parang) yg kononnya dapat membantu/menjaga untuk menghalau gangguan2 jahat/pencuri/ancaman dari ilmu hitam dan sebagainya..
- Memagar rumah dgn tergesa2 tanpa mengambil berat akn bacaan (membaca terlalu laju/bersahaja) dan tidak berdoa dgn sungguh2..
- Periksa keadaan rumah beberapa kali, Memastikan semuanya bersih & memeriksa pintu2 dan tingkap agar terkunci dan tertutup, begitu juga peralatan elektrik n air…
- Sekurang2nya Bacalah Ayat Qursi & 3 qul serta berselawat keatas Nabi SAW, serta azankan tempat kediaman/kedai anda sebelum meninggalkan utk bercuti..
Semoga dijauhi dari gangguan2 jahat & semoga bermanfaat…
Ustaz Helmi Nizamdurrani
Sinar Zamdurrani, Jalan Velodrome, Cheras

