Gertakan jin
(Siri pencerahan)
Apabila peruqyah merawat pesakit gangguan, ada kalanya disertai dengan dialog dan ada yang selesai tanpa dialog. Dialog ini ada yang berlaku begitu sahaja dan ada yang mengajak jin berdialog menerusi pesakit yang dirawat. Apapun, dialog merupakan pengucapan antara perawat dengan jin yang diklasifikasikan kepada bebeberapa jenis;
- Dialog santai
- Dialog informasi
- Dialog ancaman
- Dialog cabar mencabar
- Dialog bertukar-tukar fikiran atau muzakarah.
- Dialog dakwah
- Dialog Sindir-menyindir
- Dialog persaan dan cemuhan
- Dialog perdebatan
- Dialog Nasihat
Klasifikasikan di atas merujuk kepada inti dialog yang berlaku dan setiap sesi dialog boleh melibatkan beberapa jenis bergantung pada bagaimana ianya berlansung. Ada perawat yang tidak mempedulikan dialog dan ada yang obses sehingga tujuan utama merawat tidak tercapai kerana asyik melayan jin yang ingin melengah-lengahkan rawatan.
Tujuan utama perawat ialah mengusir jin dari badan pesakir agar dia keluar dan berhenti menggaanggu pesakit. Saya tidak bercadang untuk mengulas secara terperinci mengenai hal ini, cuma ingin menyingkap pengucapan jin yang berupa sindiran, cemuhan, provokasi dan lain-lain sehingga dianggap sebagai serangan psikologi ke atas peruqyah. Ada peruqyah yang menjadi kelu, kaget dan hilang punca serta tidak berupaya memberi jawapan balas di atas setiap pertanyaan atau kata-kaya yang ditujukan kepadanya.
Dalam sesi dialog dengan jin, perawat kadang-kadang memulakan pertanyaan yang kurang perlu, seolah-olah mengulang-ulang skrip sama setiap kali berdialog. Perawat kurang memerhatilan situasi dan ciri atau karekter jin yang dia sedang berhadapan. Antara pertanyaah yang sering disebut oleh jin ialah:
Saya namakan jin sebagai aku dan perawat sebagai ustaz, namun saya hanya memetik kata-kata jin:
- Eh ustaz, takkan baru jumpa, tak nak beri salam dulu ke?…commonlah bro.
- Ustaz ni asyik tanya soalan sama je, itu soalan basi la, duk tanya nama, dari mana, Islam ke tak, tak kuasa nak layan, macam polis pulak ustaz tanya macam tu. Dulu ustaz cita-cita nak jadi polis ke?
- Ada ke tanya kenapa aku masuk badan orang ni, ikut suka aku la, nak saman, samanlah kalau berani.
- Memanglah aku buat kerja jahat, bukan jin syaitan namanya kalu tak buat kerja jahat ni, takkan ni pun ustaz tak tahu, dah habis ke belajar kat.xxxx tu ?.
- Ustaz ingat senangke aku nak beritahu siapa tuan aku…siasatlah sendiri kalau hebat sangat.
- Ikut suka akulah nak masuk badan orang ni ke, orang tu ke..kalu aku masuk badan ustaz nak?. Boleh rasa..seronok tau..eh kenapa muka ustaz pucat, takut ke?.
- Nak suruh aku masuk Islam?. Lawak la ustaz ni, aku syaitan mana ada Islam, kalau masuk Islam jadi sejarah bangsa syaitan masuk Islam, boleh masuk guinness book of record tu.
- Memang aku dijadikan sebagai syaitan, manusia bolehla pilih nak jadi baik ke jahatke, aku ni syaitan takde pilihan, tapi aku terima, tak komplen.
- Eh, ustaz baca apa lagi tu, janganlah kuat sangat, aku boleh dengar la, bukannya pekak.
- Aku rasa, bacaan ustaz tu tak betullah, tajwid lintang pukang, makhraj lagi, buat malu je, belajarlah lagi ustaz, menggelabah nampak, tu berpeluh tu, ustaz kena masuk kelas tahsin Quran lagu ni.
- Memanglah, setakat ayat kursi aku pun boleh hafal, tu ni, orang ni selalu pergi berubat, ustaz duk baca ayat kursi je, takkan aku tak ingat, betul tak?.
- Kenapa ustaz berhenti baca, lupa ke? sangkut tu. ok aku baca ustaz sambung…takkan law anzalna pun lupa kot?
- Eh. dah siap ustaz baca?, takkan tu je, aku tak rasa apa-apa pun?. Ustaz balik hafallah banyak sikit ayat ruqyah tu, lepas tu baru berubat orang..
- Nak suruh aku keluar?, sabarlah ustaz, sampai masa aku keluarlah, tak sabarla ustaz ni. Aku rasa nak keluar juga sebab semalam orang ni makan petai, aku duduk kat usus dia memang tak tahan betul.
- Nak bakar, nak pancung aku pulak?. Ganas betullah perawat sekarang. Asyik-asyik nak bunuh. Ustaz ingat aku boleh mati ke?. Buat penat je ustaz, tu kesian, tengok, ramai lagi pesakit duk tunggu giliran..aku kacau sikit je orang ni, tu la sebab orang ni jarang solat, baca Quran pun tak, seronoklah aku.
- Ustaz tak kerja lain ke?, hari-hari mengubat orang?.
- Ok sekejap lagi aku keluar, tapi tak jamin, line clear malam nanti aku masuk balik.
- Takkan ustaz nasihatkan orang ni saja, aku tak nak beri nasihat ke?, mana tahu satu hari nanti aku bertaubat.
- Ustaz tak nak tanya apa-pa lagi ke?.
- Waalaikumussalam ustaz.
Kesimpulannya, para perawat terutama perawat junior perlu mempelajari teknik berdialog dengan para jin agar sesi berjalan dengan baik dan mendatangkan keberhasilan dalam rawatan. Dialog bukanlah sesuatu yang perlu, namun dalam banyak situasi ia tidak boleh dielakkan. Ancaman dan gertakan sering terjadi namun jika kita dapat mengaplikasikan teknik kaunseling dan psikologi ketika berdialog. Ada ketikanya kita berdiplomasi da nada ketikanya kita berkelahi dengan jin. Maka gunakanlah kebijaksanaan yang ada jangan sampai jin memperlekehkan perawat.
SEKIAN.
(NOTA: Petikan dialog di atas merupakan sebahagian yang masih terpahat dalam memori iaitu dialog beberapa rakan perawat bersama jin di sebuah pusat rawatan. Namun saya terpaksa mengubahsuai laras bahasa yang digunakan untuk tujuan perkongsian ini).
Nukilan,
Dr Abdullah Yusof
Exco Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM)
Tanggal 9.6.2020 jam 6.35 pm.

